Digital Fatigue Itu Real: Hari Kedua WFH dan Kepala Dah ‘Penuh’

Digital Fatigue Itu Real: Hari Kedua WFH dan Kepala Dah ‘Penuh’

Hari ini hari kedua saya bekerja dari rumah (WFH).  Seharian dengan:

  • Online meeting
  • Semak email
  • Balas WhatsApp
  • Cek status reviewer untuk PACIS (sebagai Associate Editor)

Dan di celah-celah itu, saya cuba belajar satu tool baru, Todoist  sebab rasa selama ini saya kurang track and trace tasks dengan baik. Saya gunakan app Task from Google, tapi tak best.

By the time tengah hari, saya berhenti sekejap dan terfikir:

“Kenapa penat sangat hari ini… padahal tak bergerak pun?”

Jawapannya:
Digital fatigue.

Digital Fatigue: Bukan Sekadar Rasa Penat

Digital fatigue bukan sekadar “letih tengok screen”.

Ia sebenarnya berkait dengan sesuatu yang lebih dalam:
cognitive load (beban mental)

Dalam satu hari WFH biasa, kita tidak buat satu jenis kerja sahaja. Kita:

  • Fokus dalam meeting (listening + thinking + responding)
  • Buat keputusan kecil (reply email atau tidak?)
  • Bertukar antara apps (Zoom → Gmail → WhatsApp → system lain)
  • Tangani interruptions (notification, message masuk)

Semua ini menggunakan tenaga mental.

Dan yang paling penting:

Otak kita tidak direka untuk multitasking secara berterusan.

Kenapa WFH Mudah Menyebabkan Digital Fatigue?

Di pejabat, ada “natural boundaries”:

  • Meeting room
  • Meja kerja
  • Pergerakan fizikal

Tapi di rumah:
Semua berlaku di satu tempat, satu skrin.

Akibatnya:

  • Tiada pemisahan jelas antara jenis kerja
  • Tiada “reset moment”
  • Semua jadi continuous cognitive engagement

Bila Rasa Bersalah Nak Rehat

Yang menarik (dan agak bahaya), bila WFH:

Kita rasa macam “kena sentiasa available”

  • WhatsApp bunyi → rasa kena jawab
  • Email masuk → rasa kena buka
  • Student minta jumpa → rasa kesian kalau tolak

Ini menambah emotional load + decision fatigue

Jadi, Apa Yang Kita Boleh Buat?

Bukan berhenti guna teknologi.
Tetapi kita perlu urus cara kita guna teknologi (ini untuk saya amalkan dan pada masa yang sama berkongsi di sini).

  1. Set “Time Block” untuk Channel Berbeza

Jangan campur semua sekali.

Contoh mudah:

  • 📧 Email → 3 kali sehari (contoh: 9 pagi, 1 petang, 4 petang)
  • 💬 WhatsApp → check setiap 2–3 jam
  • 🧠 Deep work (contoh: review paper) → 60–90 min tanpa gangguan

Kurangkan:

  • interruption
  • context switching
  1. Bezakan “Deep Work” vs “Shallow Work”

Tidak semua kerja sama.

  • Deep work → review paper, writing, analysis
  • Shallow work → email, WhatsApp, admin

Sebelum ini saya pernah baca buku Deep Work oleh Cal Newport, mengidam sangat bilalah boleh dalam mod deep work ni. Bagus juga semalam saya explore App Todoist tu. Belajar teknik urus masa dan tagging yang mana satu deep work atau light work.

Masalah berlaku bila:

kita buat deep work sambil buka WhatsApp

Itu hampir pasti akan gagal fokus.

  1. Externalize Tasks (Jangan Simpan Dalam Kepala)

Inilah sebab saya cuba guna Todoist.

Bila semua dalam kepala:

  • “kena reply ni”
  • “kena buat tu”
  • “jangan lupa yang ni”

Ini create mental clutter

Bila tulis dalam sistem:

  • Otak boleh “lepaskan”
  • Fokus jadi lebih jelas
  1. Set Boundary (Especially Weekend)

Ini yang paling susah.

Contoh:

  • Tidak semua request perlu dijawab segera
  • Tidak semua meeting perlu dibuat segera

Menunda bukan bermaksud tidak membantu
Tetapi memastikan bantuan itu lebih berkualiti

  1. Ambil Micro Break (Tanpa Screen)

Simple tapi powerful:

  • Jalan 5–10 minit
  • Minum air
  • Tengok jauh dari skrin

Ini bantu reset otak. Sebenarnya ini salah satu bidang penyelidikan yang saya buat bersama salah seorang pelajar PhD saya –“ bagaimana elakkan keadaan yang sangat tidak aktif di pejabat?”.

  1. Jadikan solat sebagai rehat kita

Ini saya tulis point ke-6, namun sebenarnya inilah yang paling penting dan berkesan.

Firman Allah SWT dalam Surah an-Nisaa’ ayat 103:

اِنَّ الصَّلٰوةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِيْنَ كِتٰبًا مَّوْقُوْتًا

“Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.”

Sambil menaip ni, saya membuat refleksi. Maka apabila masuk waktu solat, berhentilah kerja. Solatlah!

Suatu hari Rasulullah SAW menyuruh Saidina Bilal r.a. melaungkan azan dengan sabdanya yang bermaksud:

Rehatkan kami dengan solat, wahai Bilal.” (HR Abu Dawud [4986], Sahih)

Refleksi Saya

Hari ini saya sedar satu perkara penting:

Masalah bukan “banyak kerja” semata-mata
Tetapi cara kerja digital kita yang tidak terstruktur

Dan mungkin, belajar tool seperti Todoist bukan salah
Cuma kita perlu guna dengan cara yang betul.

Aik dah nak masuk umur 50 tahun pun tak pandai strukturkan kerja?

It’s OK. Setiap manusia berbeza kan? Yang penting kita sedar yang kita perlu perbaiki diri sentiasa.

“Sesungguhnya berjayalah orang yang – setelah menerima peringatan itu – berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal yang soleh)”

Surah Al-‘Alaa ayat 14.

 

Penutup

Kalau anda rasa:

  • cepat penat walaupun duduk sahaja
  • susah fokus
  • kepala rasa “penuh”

Anda mungkin sedang mengalami digital fatigue.

Dan itu normal.

Yang penting:

Kita belajar untuk design cara kerja kita, bukan hanya “buat kerja”.